Friday, August 19, 2022

Nahas helikopter di Sebuyau: Media salurkan maklumat awal

Secara Rawak

KUCHING : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak berharap kerjasama dan hubungan erat dengan media tempatan akan diteruskan bukan sekadar memberi maklumat dan laporan, tetapi juga dalam pelbagai aktiviti seperti program NBOS Bomba.

Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad berkata, ini penting agar kedua-dua pihak dapat menjadi rakan strategik dalam jangkamasa panjang.

“Pertukaran maklumat secara dua hala harus diadakan kerana media kadangkala lebih pantas mendapat maklumat,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan anjuran bersama JBPM, RTM dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya di sini malam tadi.

9946d2ae-36aa-46c4-ba5b-7768156b4c09

Kata Hisham, antara maklumat yang diberikan awal oleh pihak media kepada JBPM termasukah maklumat nahas helikopter di Sebuyau selepas mendapat kesahihan daripada pihak Jabatan Penerbangan Awam.

“Berdasarkan maklumat awal pihak media ini, Bomba Sarawak telah menggerakkkan anggota dan aset mereka ke lokasi yang dijangkakan dan menjadi antara agensi yang pertama tiba di lokasi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, pihaknya mahu pertukaran maklumat seperti itu diperhalusi lagi, agar menjadi lebih kerap dan mantap.

Oleh yang demikian, Hisham mencadangkan supaya pihak RTM dan KDJA mengadakan satu program khas bersama pihak bomba untuk mengemas kini keperluan seperti jenis maklumat dan data untuk memantapkan laporan bomba bagi kegunaan media cetak mahupun elektronik.

“Setakat ini saluran maklumat kepada pihak media melalui aplikasi whatsapp dan info blast amat efektif dan telah dimanfaatkan sebaiknya oleh kedua-dua belah pihak,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru