Monday, November 28, 2022

Sepatutnya Muhyiddin dan Mukhzir disingkir lebih awal

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keputusan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno disifatkan sebagai wajar, malah sepatutnya telah lama diambil.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti.

Kata Tengku Adnan yang juga Menteri Persekutuan: “Apatah lagi seorang Timbalan Presiden dan Ketua Perhubungan Negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.”

Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno yang digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Mukhriz ialah Menteri Besar yang juga Ketua Perhubungan Negeri Kedah ketika digugurkan daripada jawatan masing-masing.

“Jadi, saya ingat wajar tindakan ini diambil… sepatutnya tindakan diambil lebih awal,” katanya kepada pemberita, semalam.

Pengumuman tentang pemecatan berkenaan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Pagoh Ismail Mohamed secara automatik mengisi kekosongan jawatan Muhyiddin sebagai Ketua Bahagian.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi Umno menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.
Mereka telah dilihat bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru