Thursday, September 29, 2022

Kerajaan pertimbang tambah cuti pada 8 Julai

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara berkata, kerajaan akan menimbang menjadikan 8 Julai yang dijangka 3 Syawal sebagai cuti peristiwa bagi negeri-negeri yang bekerja pada Jumaat.

Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini.

Dua hari cuti bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah pada  6 dan 7 Jun.

Bagaimanapun, beliau berkata,  perkara itu perlu dirundingkan pihak berkenaan terlebih.

“Saya tidak pasti sama ada jawapannya positif atau negatif. Sebelum ini, tidak pernah ada cuti peristiwa untuk penjawat awam,”

Ketika berucap pada majlis itu, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda meminta kerajaan menimbang untuk menjadikan 8 Julai sebagai cuti peristiwa.

Azih berkata, sekiranya penjawat awam bekerja pada hari berkenaan, mereka mungkin kurang produktif dan cuti peristiwa membolehkan langkah penjimatan dilaksanakan termasuk menjimatkan elektrik.

Dengan cuti tiga hari itu, bermaksud bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad, maka jumlah cuti rehat mereka adalah lima hari. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru