Monday, November 28, 2022

Jangan biarkan pengorbanan dan perjuangan Bill Kayong sia-sia, kata Baru Bian

Secara Rawak

KUCHING:  Pengerusi Parti  Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian berkata, pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes pembunuhan Bill Kayong tidak seharusnya membabitkan pegawai polis di negeri ini.

Hal ini penting, katanya, bagi memastikan persepsi berkecuali di mata umum.

Sambil menegaskan bahawa pembunuhan Bill pada Selasa tidak seharusnya dibiarkan menjadi satu lagi kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’ Kelalan, mahu pihak polis meneliti motif di sebalik pembunuhan itu.

Beliau menyatakan kebimbangannya tentang tahap keganasan yang berlaku dalam masyarakat terutama terhadap ahli politik dan aktivis.

Baru berkata, pembunuhan Bill mungkin ada kaitan dengan kedua-dua kegiatannya, iaitu sebagai ahli PKR dan pembabitannya dalam Persatuan Dayak Sarawak.

Bill tewas di tangan calon BN Rosey Yunus di Bekenu pada 7 Mei lalu.

Untuk mengetahui motif di sebalik kejadian itu, Baru berkata, pihak polis perlu meneliti kegiatan Bill dalam politik dan aktiviti sosial memperjuangkan hak tanah adat bumiputera (NCR) yang banyak disebarkan dalam media sosial.

13494923_1143333559042678_504659716166835830_n

Bill terkenal sebagai pejuang hebat dan berani sejauh berkaitan dengan isu tanah, dan bersedia mempertahankan kepentingan nasib penghuni rumah panjang.

“Kita tidak harus biarkan perjuangan dan pengorbanan Bill menjadi sia-sia,” tegasnya.

“Kematian Bill mungkin ada kaitan dengan kedua-dua aspek hidupnya. Bill terkenal sebagai ahli politik, dan bertanding sebagai calon PKR di Bekenu pada pilihan raya negeri lalu,” katanya di sini, semalam.

Bill ditembak mati di Miri oleh orang yang tidak dikenali pada pagi Selasa.

Jenazahnya akan dikebumikan Jumaat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru