Wednesday, November 30, 2022

Yang penting perlu muhasabah diri, kata Azmin

Secara Rawak

SHAH ALAM. “Kami pernah tewas dan bangkit semula, tetapi yang penting perlu muhasabah diri,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lagipun, kekalahan bukan asing bagi parti pembangkang.

Ia sesuatu yang lumrah baginya, tetapi yang jauh lebih penting adalah bagaimana ia memeriksa diri untuk bangkit daripada kekalahan itu.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau   diminta mengulas keputusan dua pilihan raya kecil (PRK)  kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu, semalam.

Calon  Amanah Amanah, Azhar Abdul Shukur dan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli  masing-masingnya kecundang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar  pada Sabtu.

Amanah yang bersama Pakatan Harapan bukan sahaja menentang Barisan Nasional, tetapi juga Pas.

Di Selangor prestasi Amanah lebih baik daripada Pas apabila meraih 7609 undi berbanding Pas mendapat 6902 undi.

Bagaimanapun, Pas masih bersama Kerajaan Negeri Selangor yang dianggotai PKR dan DAP. Disebabkan kemenangan  dengan majoriti luar biasa itu, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar PRU14 diawalkan.

Namun, Perdana Menteri berkata banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum PRU-14 diawalkan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru