Friday, October 7, 2022

Sistem urus sisa kepada produk berharga  kini dilaksanakan di Taman Perindustrian Samalaju : Morshidi Ghani

Secara Rawak

KUCHING: Sedar akan kepentingan pengurusan sisa dah hasil sampingan industri dilaksanakan secara teratur, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif membangunkan  Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu bagi pengurusan sisa yang selamat di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani berkata, tindakan ini selari dengan situasi semasa di negeri ini dengan pembuangan siasa kilang-kilang telah menjadi keperluan kritikal dalam setiap operasi industri.

“Sehubungan itu, kita akan melaksanakan sistem ini yang dihasilkan oleh kilang yang terdapat di Taman Perindustrian Sama Laju, “ katanya pada Majlis Perasmian “Industrial By-Products Management and Business Opportunities Conference” di Pusat Konvensyen Borneo dekat sini semalam.

Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu ini katanya, akan menyediakan perkhidmatan tanpa henti untuk menguruskan semua sisa yang dihasilkan oleh kilang –kilang di Taman Perindustrian Samalaju, sama ada untuk pelupusan, pemulihan atau penggunaan semula,  dan ia dilengkapi dengan sebuah pusat pengurusan sisa bertaraf antarabangsa yang akan ditempatkan di Maskat, Bintulu.

“Inisiatif ini adalah untuk melindungi persekitaran Taman Perindustrian Samalaju agar dapat menjadi  taman perindustrian moden dan hijau.

“Usaha ini juga akan memastikan pembangunan taman perindustrian tersebut berlaku secara mampan, menarik dan kondusif.

Kata Morshidi lagi,  kemajuan teknologi dan inovasi dalam pengurusan sisa buangan dan produk sampingan hasil operasi industri ini membolehkan sisa-sisa ini diguna pakai untuk tujuan “produk lain”, yang akan memberi pulangan yang bermutu.

Foto 1

“Dalam hal ini, terdapat keperluan untuk memikirkan semula  tentang ‘sisa’  dan menganalisis ‘sisa’  jika sisa  itu adalah untuk dibuang.

“Satu pemikiran baru dicetuskan dengan memanggil  ‘sisa sebagai sumber kekayaan’,  ‘buangan menjadi sumber’, atau ‘sampah menjadi tunai’.

Namun begitu katanya, dalam menukarkan sisa kepada peluang-peluang perniagaan, kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan sisa produk tersebut terhadap alam sekitar dan juga pengguna lain.

Sehingga harri ini, sebanyak 16 projek di Taman Perindustrian Samalaju telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM25.29 bilion —  yang akan mewujudkan 13,302 peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

Pada masa yang sama, sebanyak lima buah syarikat telah memulakan operasi  kilang mereka di taman perindustrian tersebut

“Saya percaya bahawa dalam beberapa tahun akan datang,  kita akan dapat mewujudkan asas perindustrian penting di Taman Perindustrian Samalaju, sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat.

Morshidi  turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri merupakan kerajaan yang “mesra perniagaan” dan aktif dalam mempromosikan aktiviti perdagangan dan pelaburan di negeri ini, dengan objektif untuk meningkatkan tahap pendapatan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang baharu, Datu Ismawi Ismuni. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru