Sunday, June 26, 2022

Selangor umum bonus  1.5 bulan gaji kepada 17,528 penjawat awam

Secara Rawak

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan  memberi  bantuan khas melibatkan 17, 528 orang penjawat awamnya dengan peruntukan  RM45.6 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak 1.5 bulan gaji itu akan mula dibuat pada 1 Julai 2016.

Beliau turut mengumumkan dua insentif lain bagi meringankan beban tanggungan, dan  bagi menghargai perkhidmatan penjawat awam.

“Kerajaan negeri setuju memberi dua kenaikan gaji tahun ini,  iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas melibatkan sebanyak RM6.83 juta bagi satu kenaikan,” katanya.

13497777_1126581470739531_1714094224571980000_o

Azmin berkata, bayaran imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah sebanyak RM180 akan turut dinaikkan hingga RM300 melibatkan peruntukan sebanyak RM11.2 juta.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, hari ini.

Ini merupakan bantuan khas paling tinggi diumumkan mana-mana kerajaan negeri setakat ini.

Kerajaan persekutuan mengumumkan bantuan khas RM500 kepada penjawat awam sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru