Monday, December 5, 2022

Sarawak ke arah seratus peratus diterangi elektrik

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak bertekad mempercepat usaha ke arah membekal tenaga elektrik ke seluruh Sarawak.

10929982_881432278562032_5326887037129885757_nPelbagai pihak khususnya Sarawak Energy Berhad (SEB) berikhtiar mencari jalan mengatasi halangan dan cabaran fizikal, keluasan dan bentuk muka bumi bersungai serta bergunung-ganang dalam merealisasikan harapan ke arah liputan bekalan elektrik penuh di Sarawak.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom ketika bercakap di Majlis Gawai anjuran Kelab Sukan SEB pada Sabtu malam berkata, “Kita mungkin tidak dapat mencapai kawasan tersebut dalam masa terdekat.

“Oleh itu, kita perlu berlaku adil kepada masyarakat di pedalaman dan terpencil dengan berfikir di luar kotak menyelesaikannya.”

Setakat ini, Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) mengenal pasti tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan mikrohidro boleh dijadikan alternatif membekal tenaga elektrik menembusi kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Inisiatif kerajaan melalui SEB ini mampu menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada masyarakat pedalaman, yang menghadapi masalah untuk mendapat akses ke bekalan elektrik utama.

Inisiatif dan pelaburan SEB selama ini dalam menjana dan mengurus serta mengagih sumber mampu menghasilkan sistem bekalan elektrik moden dan manarafkannya menjadi badan terbaik rantau ini.

SEB membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat sebagai strategi daya saing menjadi syarikat kuasa serantau untuk tenaga diperbaharui.

Bahkan, SEB turut mengorak langkah di Kalimantan Utara dengan memainkan peranan menyediakan kepakaran membangunkan sektor kuasa di wilayah terbabit.

Nama Sarawak kini harum di peringkat serantau. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru