Thursday, December 8, 2022

Pengusaha di Tebingan Seberang Hilir kini bertaraf jutawan

Secara Rawak

KUCHING: Pembukaan medan selera dan pusat industri kotej di kawasan Tebingan BGS, Seberang Hilir, Petra Jaya bukan sahaja mengubah landskap kawasan tersebut, malah berjaya meningkatkan ekonomi peniaganya hingga ada beberapa daripada mereka kini bergelar jutawan.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi), Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kejayaan itu amat membanggakan apatah lagi kawasan berkenaan kini menjadi tumpuan ribuan pelancong, berikutan lokalitinya yang terletak di seberang “segi tiga emas” bandar raya Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai itu berkata, tarikan terbaharu ke kawasan tersebut iaitu melalui ‘bot donut’, yang dirasmikan Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, Datuk Naroden Majais baru-baru ini dijangka akan membantu meningkatkan jumlah pengunjung ke kawasan tersebut.

“Bot berbentuk bulat ini memang sesuai untuk aktiviti pelancongan dan digunakan untuk menyusuri sungai secara santai.

182eee3b-fa04-4441-83b3-72010e2719b8Ia juga menjadi pengangkutan alternatif dari Tebingan Kuching untuk menyebarang Sungai Sarawak, selain menggunakan perahu tambang,” katanya ketika ditemui sarawakvoice.com semalam.

Mengulas lanjut, Tebingan BGS menjadi perhatian kerana di situ menempatkan pusat sehenti untuk jualan pelbagai barangan kraftangan dan makanan istimewa Sarawak.

“Ini termasuk kek lapis, yang amat sinonim dengan Sarawak dan kawasan tersebut menempatkan beberapa jenama terkenal di negeri ini,” katanya.

Pada masa yang sama, terdapat juga gerai yang menjual kuih tradisional yang boleh menjadi ‘buah tangan’ kepada para pengunjung , tambahnya.

Kata Abdul Rahman, menyedari potensi besar sektor pelancingan di negeri ini, kawasan ini turut dibangunkan industri inap desa bagi memberi peluang kepada pengunjung dan pelancong yang ingin menikmati dan merasai pengalaman tinggal bersama-sama masyarakat tradisi Melayu di kawasan tersebut.

“Selain merasai suasana serta kehidupan dalam kampung, pengunjung juga disajikan dengan keindahan alam semula jadi dan bebas daripada kesibukan kota batu.

Oleh kerana kerana kawasan tersebut terletak di tebing Sungai Sarawak, beberapa aktiviti sukan air kini sedang dirancang untuk diadakan secara kerap di sini, selain acara Regata Sarawak.

“Ini termasuklah pertandingan kayak serta perlumbaan kayuhan bot atau ‘bot race’.

“Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mengadakan aktiviti ini, dengan meniru tradisi perlumbaan bot yang diadakan di universiti-unversiti terkemuka di Eropah.

Tambahnya, sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu ini, lazimnya menjadi masa yang ditunggu-tunggu kerana ia akan menggambarkan kemeriahan sebenar kawasan Sebarang Hilir ini, dengan kerlipan lampu dan aktiviti penduduknya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru