Thursday, September 29, 2022

Mawan utus 4000 bungkusan kurma kepada umat Islam di Kabong, Saratok

Secara Rawak

KABONG: Tan Sri William Mawan Ikom (TSWMI) mengutus salam Ramadan dan Aidilfitri buat penduduk beragama Islam di sini dengan menyumbang sebanyak 4000 bungkusan buah kurma dan wang tunai berjumlah RM24,500 untuk masjid dan surau di kawasan Kabong dan Saratok hari ini.

Penyampaian sumbangan berkenaan disalurkan melalui Pejabat Daerah Kabong dengan majlis penyerahannya disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Kabong, Awangku Shafaiee Awangku Shebli bertempat di pekarangan Pejabat Daerah Kabong.

mawan utus kurma_0002

Penyelaras Program, Kaunselour Haji Hussien Sulaiman yang hadir mewakli Tan Sri Mawan memberitahu sumbangan berkenaan seterusnya diserahkan kepada semua ketua masyarakat beragama Islam untuk proses pengagihan kepada penduduk di bawah jagaan ketua masyarakat terlibat.

“Bagi sumbangan kewangan kepada masjid dan surau ia diserahkan kepada pengerusi masjid dan pengerusi surau yang terlibat.

” Bagi kawasan daerah Kabong sebanyak 2,800 paket buah kurma diperuntukan kepada penduduk. Manakala untuk daerah Saratok diperuntukkan sebanyak 1,200 paket buah kurma yang kesemuanya berjumlah 4,000 paket.

“Sumbangan wang tunai untuk setiap masjid sebanyak RM1000 dan RM500 untuk setiap surau. Ia membabitkan sebanyak 12 buah masjid dan 25 buah surau. Sebanyak RM12,000 diperuntuk bagi tujuan itu.

“Proses pennyerahan sumbangan telah berjalan dengan lancar dan teratur dan semua yang berkenaan telah menerima bahagian masing-masing pada hari berkenaan,” ujarnya.

Tambah Haji Hussien lagi, Mawan sepatutnya hadir sama pada majlis berkenaan, bagaimanapun helikopter yang sepatutnya digunakan tidak dapat berlepas akibat cuaca buruk.

Sehubungan dengan itu Haji Hussien menyampaikan salam maaf Mawan kerana tidak dapat hadir bersama dan Mawan katanya berjanji untuk hadir dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang akan diadakan semasa Hari Raya nanti. – Sarawakvoice.com

mawan utus kurma_0001 mawan utus kurma_0002

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru