Saturday, December 3, 2022

Kejutan Pak Nil, jadi duta percuma Q-Cake di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sempena Ramadan yang mulia dan dua minggu lagi menjelang Aidilfitri 1437H, Rahmah Haji Hashim, 43 dan suaminya mendapat kejutan istimewa daripada pengacara dan penghibur nombor satu Asia, Datuk Aznil Haji Nawawi atau dikenali sebagai Pak Nil.

aa08d6bd-742c-43e7-b856-69675e02ca48Pak Nil melalui Facebooknya memuat naik video berdurasi satu minit pada 11.17 pagi Ahad menunjukkan Rahmah bersama keluarganya memberi reaksi terkejut dengan beliau sukar menahan sebaknya, sebaik sahaja melihat berdirinya papan tanda Q-Cake dengan terpampang wajah Pak Nil “menawar diri” menjadi duta kek lapis tersebut.

Pada papan tanda tersebut tertulis, “Kek lapis Q-Cake adalah yang terbaik.” – Pak Nil.

Pak Nil menulis di Facebooknya yang sudah dikongsi dan dibaca 52,700 peminat dengan dikongsi 266 netizen, “Paknil mengenali keluarga ini apabila pertama kali membeli Kek Lapis Sarawak dpd mereka. @rahmah_hashim_qcake menjual Kek Lapis Sarawak kecil2an di rumah.

“Kek Lapis Rahmah memang terbaik yg Paknil pernah rasa. Kini kami bersahabat dan seluruh keluarga besarnya dah menjadi seperti keluarga Paknil di Kuching.

“Dalam diam, Paknil, pembantu Paknil @itchaitchy dan anak buah Rahmah @wanie_hamzah telah aturkan satu #kezzzutan untuk Rahmah dan suami. Ini reaksi mereka…”

Justeru, kejutan dan “hadiah istimewa” Pak Nil ini bakal memberi pulangan lumayan kepada keluarga ini sempena Aidilfitri kali ini.

Dalam reaksi Pak Nil kepada peminat yang bertanya berkaitan Q-Cake yang diviralkannya itu, Pak Nil menulis, “Alhamdulillah. Ramai yang tanya pasal @Q_cake_enterprise! Apa2 korang boleh gi sana terus Alamat: No 9A Jalan Muhibbah, Kampung Nombor 6, 93400 Kuching, Sarawak. Atau call Tel: 082-410320 or 0198866996.

Rahmah dalam Facebooknya merakam lebih awal dan memuat naik fotonya 9.41 pagi Ahad, berdiri bersebelahan papan tanda tersebut dengan menulis, “Hari paling bermakna dapat kejutan dari Dato Aznil Hj Nawawi #paknil di bulan mulia ini. Terima kasih yang tak terhingga #paknil, hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik #paknil kepada kami sekeluarga. Semoga #paknil dilimpahi rahmat dan di murahkan rezeki.. aamiin! #qcakeenterprise” – Sarawakvoice.com

Posting Pak Nil ini mendapat 129 komen, antaranya boleh dibaca seperti berikut:

5a81db07-2184-485d-a45f-2a3423476266 62c9c5db-bdff-4c12-84ab-90d79515e938

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru