Saturday, December 3, 2022

Petunjuk positif untuk BN pada PRU-14

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN)  dengan majoriti yang berlipat kali ganda dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar  bukan sahaja membuktikan rakyat menolak Deklarasi Mahathir, tetapi menerima kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sebelum ini bahawa pilihan raya tersebut ialah referendum untuk Najib, maka referendum ini bermakna rakyat menerima kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO.  

Sebaliknya, rakyat menolak Deklarasi Rakyat dipimpin beliau yang berusaha untuk menumbangkan Najib.

Undi majoriti dimenangi calon BN Budiman Mohd Zohdi ialah 9,191, manakala calon BN Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh undi majoriti sebanyak 6,969.

Majoriti berkenaan di luar jangkaan semua pihak, termasuk penganalisis dan pemerhati politik.

Di sebalik kempen agresif pembangkang untuk menjatuhkan Najib, ternyata rakyat tidak mempedulikan semua itu.

Pengaruh Dr Mahathir  sudah mulai hilang  kerana rakyat menyifatkan tindakan beliau sebagai tidak wajar.

Meskipun pembangkang cuba melakarkan pelbagai persepsi negatif terhadap BN dan Najib, namun semua usaha itu gagal untuk mempengaruhi pengundi.

Kemenangan dengan majoriti yang begitu besar membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN untuk terus mewakili rakyat di kawasan terbabit.

Jika dianalisis secara lebih mendalam, pengundi Cina juga mulai kembali kepada BN, membuktikan bahawa mereka sudah muak dengan permainan politik DAP, Pas, dan Amanah. Sekitar 60 peratus masyarakat Cina di Kuala kangsar menyokong BN, manakala 50 peratus di Sungai Besar merupakan petanda baik kepada BN untuk PRU-14.

BN berjaya menawan semula banyak pusat daerah mengundi di kawasan berkenaan.

13422330_10201911484865939_4005396161289214197_o

Buktinya, pengundi Cina dapat menilai antara kaca dengan permata, dan mereka sudah mengetahui kejujuran BN dalam mengubah nasib mereka.

Adakah pola pengundian sedemikian berterusan dalam dua tahun lagi?

Selagi pakatan pembangkang tidak bersatu, selagi itulah ia akan mendatangkan keuntungan kepada BN.

Tidak mungkin pembangkang yang berlawan sesama sendiri seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Parlimen kali ini, dapat menumbangkan BN.

Pembangkang yang cacamerba dan tidak bersatu tidak mungkin dapat menewaskan BN yang begitu berkesan strategi kempennya.

Pas terutamanya tentu perlu menelan pil pahit dan pelajaran berguna daripada PRK ini, bagaimana ia tanpa sokongan DAP dan  Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan ke mana.

Kini tentu parti Islam itu sedar, ia tidak lagi dapat berkokok.

Resipi kemenangan kali ini bukan sahaja kerana  pemilihan calon yang tepat, tetap juga kerana gerak kerja yang jitu bukan sahaja di pihak UMNO, tetapi juga dalam kalangan parti komponen BN.

Berdepan dengan pelbagai kekangan, namun dengan strategi kempen yang terancang akhirnya BN berjaya memperoleh kemenangan yang begitu manis.

Kemenangan ini tentu memberi semangat dan keazaman untuk BN berdepan PRU-14. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru