Monday, November 28, 2022

Kelas menengah Bidayuh bertaraf dunia

Secara Rawak

KUCHING:  Persatuan Graduan Bidayuh (BGA) dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) kini dituntut supaya berusaha untuk mewujudkan kelas menengah Bidayuh yang mampu berdaya saing melalui program terancang dan berkualiti.

Hanya dengan adanya golongan kelas menengah yang mampu berdaya saing, mereka dapat dipasarkan ke peringkat global.

Gesaan dan harapan itu dibuat oleh Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Datuk Seri Michael Manyin Jawong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Keempat BGA di Kompleks Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini, semalam.

Menyedari pentingnya pelajaran bagi mengubah nasib masyarakat Bidayuh terutama di luar bandar, Manyin berharap persatuan terbabit memberi tumpuan kepada bidang pendidikan sejak awal lagi, kerana melentur buluh hendaklah dari rebung lagi.

Katanya, jika kelas menengah Bidayuh yang berpendidikan dan berdaya saing mampu diwujudkan, ini akan membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta pada masa depan.

dayak meeting

Katanya: “Jika kita dapat mewujudkan masyarakat kelas menengah Bidayuh, mereka nanti bukan sahaja berpeluang menjawat jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta, tetapi mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa.”

Untuk itu, sebagai penasihat BGA dan DBNA, Manyin berkata beliau akan berbincang untuk melakarkan strategi dan pendekatan terbaik ke arah mewujudkan masyarakat kelas menengah Bidayuh  yang memiliki sifat sedemikian.

Sementara itu, Presiden BGA Profesor Madya Dr Ahi Sarok berkata, persatuan itu akan terus memberi fokus kepada bidang pendidikan kerana menyedari bahawa ia merupakan jalan terbaik bagi mengubah nasib  generasi muda terutama di luar bandar.

Dr Ahi berkata, bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan adalah antara strategi diambil persatuan itu.

Dalam ucapan alu-aluannya semalam, beliau berkata bahawa ia perlu dilakukan dengan menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan lain bagi memastikan hasilnya lebih baik. – Sarawakvoice.com

Exco Baharu BGA
Pres : Assoc Prof Dr Ahi Sarok
Depty Pres: Prof Ir Dr Andrew Ragai
Sec: Tina Edward Munyug
Ast Sec: Stephanie Ruwie Stephen
Treasurer: Dr Ambrose Dango
Ast Tres: Andrew Joris

Ahli Jawatankuasa
1. Raymond Maurice Stephen
2. Marcia Cathy Chamberlin
3. Johin
4. James Sinjeng
5. Gloria Tuwek

6b1e160c-66fc-425d-acd8-2eb6c08cfd87

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru