Saturday, December 3, 2022

Cina kembali kepada Barisan Nasional

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pola pengundian di kedua-dua kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar memperlihatkan pengundi Cina mulai kembali kepada Barisan Nasional (BN).

sciewKembalinya pengundi Cina kepada BN, bagi presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan cerminan sebenar kemahuan masyarakat itu.

“Ia membuktikan pengundi Cina adalah pragmatik dan mulai kembali kepada BN,” katanya.

Beliau berkata ini merupakan masa untuk BN mengotakan janjinya kepada para pengundi.

Di Sekinchan  yang mempunyai 80 peratus pengundi Cina, terdapat ayunan undi yang agak ketara terhadap BN, berbanding  lapan daripada sepuluh daerah mengundi di DUN berkenaan pada 2013 dimenangi Pas. Sekinchan merupakan kubu kuat DAP.

Enam daripada pusat daerah mengundi yang mempunyai  jumlah pengundi Cina yang tinggi dimenangi BN.

Misalnya di Sungai Leman Kampung Darat, Sekinchan, calon BN, Budiman Mohd Zohdi meraih 1,033 undi, manakala calon Pas mendapat 410 undi dan Amanah hanya 100 undi.

Menurut analisis awal, sebanyak 60 peratus daripada pengundi Cina memberi sokongan kepada BN di Kuala Kangsar, berbanding 50 peratus di Sungai Besar.

Difahamkan, pengundi Cina sudah muak dengan perbalahan dalam pakatan pembangkang, dan isu hudud juga menyebabkan mereka tidak mahu mengundi pembangkang.

Sementara itu,  Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dalam satu kenyataan berkata, “Sejak  Pilihan raya kecil Teluk Intan, diikuti dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak, dan kini dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.”

Pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merampas kembali lima kerusi majoriti Cina di Sarawak daripada DAP.

Katanya: “Keputusan seperti ini akan beri ancaman kepada DAP untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.”

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada pengundi Cina  kerana memberi sokongan kepada BN di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Sebagai penyelaras kedua-dua PRK, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pengundi terutama pengundi berketurunan Cina di Sekinchan kerana memberi kepercayaan kepada BN, bergitu juga di Kuala Kangsar.

“Terima kasih juga kepada parti komponen  dari peringkat nasional, pusat daerah mengundi  dan akar umbi yang  bertungkus-lumus membantu kemenangan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman keputusan PRK Kuala Kangsar malam tadi. – Sarawakvoice.com

13423957_1097299043642513_67020681414242543_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru