Saturday, December 3, 2022

BN menang majoriti besar 6,969 di Kuala Kangsar dan 9,191 di Sungai Besar

Keputusan PRN Sarawak relevan bagi PRK Semenanjung

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid meraih kemenangan selepas memperoleh majoriti undi 6,969 undi.

13435421_1018077901639728_8402071846907125468_nKeputusan rasmi PRK Kuala Kangsar ialah:
Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas): 54
Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS): 5,684
Mastura Mohd Yazid (BN): 12,653
Ahmad Termizi Ramli (Amanah): 4,883
Undi rosak: 239
Majoriti: 6,969

Bagi kerusi PRK Sungai Besar pula, calon BN turut menjulang kemenangan dengan majoriti besar 9,191 undi.

 

13427786_1018077898306395_4492853120844306157_nBerikut keputusan rasmi PRK Sungai Besar:

Budiman Mohd Zohdi (BN): 16, 800
Azhar Abdul Shukur (Amanah): 7,609
Dr Abdul Rani (PAS): 6,902
Majoriti: 9,191

Kemenangan BN dengan pungutan majoriti lebih besar menunjukkan petanda paling awal bahawa faktor Najib pada peringkat nasional sangat relevan dan tetap seiring dengan Demam Adenan di Sarawak jika dikaitkan dengan pilihan raya yang lepas.

Siri kemenangan ini masih dalam rentetan dan rantai PRN11 Sarawak apabila menyaksikan BN memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Menjadi fakta bahawa dua kerusi Parlimen penuh sentimen ini “dikosongkan” ekoran nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei ketika berlangsungnya PRN11 yang mengorbankan penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad (Kuala Kangsar).

Kemenangan besar BN sekali gus memberi isyarat bahawa Sukar bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi faktor-x dalam Pakatan Harapan.

Harapan Tun Mahathir menjadi PRK ini sebagai referendum menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya tinggal harapan.

Tun Mahathir meninggalkan beban yang besar di mata pembangkang semasa pemerintahannya pada zaman reformasi.

Beban itu ternyata sukar dibuang kerana kumpulan yang dirayu semula oleh Tun Mahathir ini terdiri daripada mereka yang sudah berubah disebabkan peristiwa masa lalu.

Bagai ahli UMNO dan “orang BN” sebahagiannya keliru dengan sikap Tun Mahathir yang dilihat mahu membunuh parti yang mengharumkan namanya dahulu.

Manakala, bagi beberapa pengundi lain, Tun Mahathir juga tidak jelas mahu memadamkan permusuhannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah tentu pengundi di dua PRK mahu melihat Tun Mahathir duduk rapat di kerusi kempen bersebelahan isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah ataupun anak Anwar, Nurul Izzah.

Sementara itu, faktor trend sokongan pengundi berpegang pada pilihan pengundian mereka pada PRU13 tidak berubah.

Undian Kuala Kangsar
BN:
PRU13 – 14,218
PRK2016 – 12,653

PAS + Amanah:
PRU13 – 13,136
PRK2016 – 10,567

Undian Sungai Besar
BN:
PRU13 – 18,695
PRK2016 – 16,800

PAS + Amanah:
PRU13 – 18,296
PRK2016 – 14,511

Sesuai dengan penyusutan peratusan turun mengundi dalam PRK kali ini berbanding peratusan tinggi PRU13 serta undi protes, undi yang diperoleh juga menyusut, tetapi isyarat sokongannya tetap relevan dan dapat dijadikan wakil responden kajian.

Ini bermakna penyokong BN tetap tegar menyokong BN.
Manakala, penyokong PAS tetap tegar menyokong PAS.
Yang mungkin menarik untuk dianalisis dalam PRK ini ialah undi pungutan Amanah.

Walaupun parti baharu, baru berusia 8 bulan, Amanah berjaya memperoleh undi yang besar, malah berjaya mengatasi parti berusia seperti PAS.

PAS mungkin berharap Amanah hilang wang pertaruhan, namun sokongan ahli bekas PAS, undi bukan Melayu yang diraih oleh DAP, undi Penyokong PKR dan undi raihan kumpulan kecewa UMNO/ BN dan simpati Tun Mahathir merangsang perjuangan Amanah untuk PRU14.

Mat Sabu menyergah dalam sidang medianya sebagai respons keputusan PRK ini. Nah terbukti sudah, “kamu tak boleh panggil kami parti nyamuk lagi”.

Selepas ini permusuhan PAS dan Amanah akan menjadi lebih “emosi” sebagaimana fiil suami-isteri yang bercerai.

Manakala, bertitik tolak daripada PRK ini, Amanah akan melangkah lebih yakin menghadapi PRU14.

Ramai orang berkata, BN tetap menang di dua PRK ini, dan ia bukan isu. Isunya sekarang ialah di antara PAS dengan Amanah siapa paling popular? dan siapa paling banyak meraih undi? Dan siapa yang memangkah mereka?

Berdasarkan kepada pungutan undi masing-masing, Amanah dan PAS sebaiknya biarlah “tutup” sahaja mulut kerana yang menang sudah pun menang, tapi yang menjadi arang dan abu adalah…

Pendek kata, PRK ini wajib disertai oleh dua parti yang dilihat sentiasa “saling menuding” dalam PRK kali ini sehingga PAS tidak punya peluru lagi untuk menyerang BN.

Trend pengundian menunjukkan PAS dan BN memperoleh banyak undi di kawasan Melayu.

Sementara calon Amanah kalah teruk di kawasan Melayu.

Amanah dan BN berbahagi undi di kawasan Cina.

Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui PAS tidak boleh bersendirian menghadapi PRU14 akan datang.

Jadi, sudah puaskah hati parti politik yang bertanding? Adakah mereka masih mahu belajar dan “cuba-cuba lagi” atau “main-main saja”.

Kalau nak “main-main” cubalah lagi, biar sahaja penyokong kamu sendiri menghukum kamu.

Matangkah politik kita? Salah satu medan mematangkan rakyat dan politik ialah melalui pilihan raya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru