Monday, November 28, 2022

Zahid: Lulusan sekolah agama juga mampu galas tugas

Secara Rawak

SUNGAI BESAR:  Pelajar lulusan sekolah agama berkata mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dan penuh tanggungjawab dalam mendapat keredaan Allah, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka sebenarnya mampu mencatatkan kejayaan dalam sebarang bidang pekerjaan sekiranya diberi peluang untuk memikul tanggungjawab itu.

Sambil mengakui bahawa beliau  juga berlatarbelakangkan sekolah agama, iaitu Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, beliau berkata: “Kalau kita diberikan peluang, kita boleh jalankan tugas dengan baik dan amanah.”

Zahid melanjutkan pelajarannya di sekolah itu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Rendah.

“Jika diberi peluang, produk sekolah agama juga dapat menjalankan tugas, jika diberikan kepercayaan, peranan dan tanggungjawab,” katanya.

13432315_1129113163794011_7643761512027982470_n

Namun, bagi beliau, pelajar sekolah agama perlu berupaya menzahirkan kemampuan dan keupayaan mereka.

“Yang penting jika menerima tugas dan tanggungjawab kerana Allah, Allah akan beri petunjuk,” tambahnya.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama warga pendidikan daerah Sabak Bernam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam di sini, semalam.

Zahid  turut mengumumkan penjenamaan semula SMKA Sabak Bernam kepada SMKA Tun Hajah Rahah bagi mengiktiraf kejayaan akademik dan kurikulum sekolah kluster kecemerlangan itu. – Sarawakvoice.com

13450043_1129116350460359_5013508629434839071_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru