YB Pujut bidas calon langsung BN

0
6
Ting Tiong Choon

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon membidas tindakan mempertikaikan taraf  kewarganegaraannya dan kelayakan sebagai calon dalam pilihan raya lalu.

Ting Tiong Choon
Ting Tiong Choon

Menurut peraturan dan undang-undang, seseorang hilang kelayakan menjadi calon jika telah mendapat kewarganegaraan mana-mana negara asing.

Dr Ting menyifatkan tindakan calon langsung Barisan Nasional Datuk Hii King Chiong mengemukakan petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu sebagai menyalahgunakan proses perundangan.

Beliau ternyata kesal dengan usaha Hii dalam membatalkan keputusan berkenaan, sambil menegaskan bahawa sesungguhnya beliau tidak memiliki taraf kewarganegaraan lain, kecuali Malaysia.

Dr Ting didakwa mempunyai taraf kewarganegaraan Australia sehingga membolehkan nama beliau tersenarai dalam daftar pengundi di negara berkenaan.

“Malah, proses penamaan calon berjalan lancar, membuktikan saya sebenarnya layak menjadi calon, dan telah dipilih rakyat untuk mewakili Pujut bagi tempoh lima tahun,” katanya.

Katanya: “Saya telah mengangkat sumpah di DUN, dan kini hendak berikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Miri.”

“Saya tak akan  keluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai perkara ini,” tegasnya.

Kelmarin Hii melalui peguam bela K.Y Lin memfailkan petisyen memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan pilihan raya negeri lalu sebagai batal dan tidak sah, serta mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerana memperoleh undi kedua tertinggi.

Hii mendapat 7,140 undi, Jofri Jaraiee (Pas) 413 undi, dan Fong Pau Teck (Bebas), 375 undi. Dr Ting pula menang dengan mendapat 1,759 undi majoriti. – Sarawakvoice.com