Saturday, December 3, 2022

Referendum bagi Dr Mahathir dan Najib

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Sekitar 74,000 pengundi menentukan nasib tujuh orang calon hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen ini penting bagi dua Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siapa yang lebih diterima: Mahathir atau Najib?

Kedua-duanya telah pun berkempen di kawasan terbabit.

Pengundi dan rakyat telah mendengar hujah masing-masing.

Pilihan raya kecil parlimen di dua kerusi — Sungai Besar dan Kuala Kangsar — hari ini dianggap sebagai petunjuk yang akan berlaku pada pilihan  Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Setidak-tidaknya dari segi bagaimana kerjasama parti pembangkang. Dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah di satu pihak, dan Pas di satu pihak lagi.

Bagi PKR ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap realistik, hanya meletakkan sasaran 75 peratus daripada pengundi akan turun mengundi kerana keengganan pengundi di luar untuk kembali ke kawasan, terutama bagi pengundi Melayu, kerana sekitar tiga minggu lagi mereka akan ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri.

Bagi Sungai Besar, terdapat 42,365 pengundi akan menentukan nasib tiga orang calon, manakala 32,632 pengundi akan menentukan nasib empat orang calon di Kuala Kangsar. Di Sungai Besar, 24 pusat mengundi dibuka dari pukul 8 hingga 5 petang ini.

Bagi Kuala Kangar, pada 2013, sekitar 84 peratus turun mengundi, manakala bagi Sungai Besar 88 peratus.  Bagi peringkat nasional, peratus keseluruhan ialah 84 peratus, iaitu tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum negara.

13418483_1755663268004817_4473551487490955286_o

Dalam tempoh kempen 12 hari, masing-masing pihak menggunakan pelbagai isu sesuai dengan strategi masing-masing, akhirnya mereka menyerahkan nasib kepada para pengundi.

Dengan perpecahan di pihak pembangkang, dan kedua-dua kawasan majoriti pengundi ialah Melayu, serta keupayaan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat, pemerhati politik percaya bahawa BN mampu memenangi kedua-dua kerusi terbabit apabila SPR mengumumkan keputusannya sekitar pukul 9 malam ini. Dijangka, BN akan mendapat undi majoriti yang lebih besar, melebihi 2,000 undi di kedua-dua kawasan.

Sementara itu, siapakah lebih popular: Pas atau Amanah?

Jumlah undi yang dimenangi parti terbabit akan memberi kesan besar terhadap bagaimana prestasinya dalam PRU nanti.

Sementara mantan Perdana Menteri berkata, PRK ini ialah referendum terhadap Perdana Menteri, hakikatnya Dr Mahathir perlu akui hakikat, ia juga adalah referendum terhadapnya.

Adakah pengundi menyokong deklarasi yang dipimpinnya atau kepemimpinan Najib? – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru