Monday, November 28, 2022

Polis cekup tiga tahi judi warga emas kumpul pertaruhan Euro 2016

Secara Rawak

KUCHING: Tiga tahi judi warga emas yang berusia 63 hingga 69 tahun dicekup sepasukan anggota polis Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7)  Kontijen Sarawak ketika sedang melakukan pertaruhan sempena kejohanan  bolasepak Euro 2016   yang sedang berlangsung di Perancis.

Mereka ditangkap di sebuah kedai kopi di Tabuan Jaya dekat sini pada malam Khamis, hasil maklumat orag ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Dev Kumar, berkata turut dirampas telefon bimbit, helaian kertas yang mengandungi maklumat pertaruhan, jadual perlawanan serta wang tunai hampir RM1,000.

“Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1963.

Pada malam sebelumnya, seorang lelaki juga berjaya diberkas pasukan D7,  IPK Sarawak di sebuah kedai kopi di Jalan Rock,  juga atas kesalahan yang sama.

Pertaruhan dan perjudian di negeri ini ketika musim kejohanan bolasepak peringkat dunia dikatakan mencecah nilai ratusan ribu, malah jutaan ringgit dan ia dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk di kedai kopi mahaupun secara talian. – Sarawakvoice.com

13413057_1595337377445168_1881497808985603907_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru