Mastura harap tingkatkan majoriti

0
3

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid merayu pengundi agar memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar hari ini dengan  majoriti undi yang bertambah.

“Saya berharapan besar untuk meningkatkan majoriti kemenangan,” katanya, sambil berharap jentera parti tidak selesa sehingga 5 petang  ini.

Pada pilihan raya umum 2013, BN menang dengan majoriti 1,086 undi.

Untuk itu, beliau berharap agar pengundi turun mengundi esok.

Katanya: “Semestinya saya berharapan begitu besar supaya pengundi memilih BN esok dan  harap mereka keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab demi negara.”

“Ini tempat kita dan harap beri peluang untuk saya  berkhidmat serta menabur bakti,” katanya Mastura pada sidang media terakhir di Bukit Chandan, semalam.

Selain Manong, Bukit Chandan merupakan DUN di bawah Parlimen Kuala Kangsar.

“Sebabnya saya ingin berkhidmat kepada orang Kuale, berilah saya peluang untuk menzahirkan usaha itu,” katanya.

Mastura, isteri penyandang kerusi Kuala Kangsar MP Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad  berkata, beliau juga mengharapkan pengundi atas pagar membuat keputusan yang baik dengan memberi sokongan kepada BN.

Wan Mohammad Khair-il Anuar terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Mastura mengakui bahawa hubungan kekeluargaan antara beliau dengan ahli keluarga semakin mengukuh dalam dua minggu lalu, serta amat berbangga dengan sokongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Tempoh kempen bagi pilihan raya kecil ini ialah 13 hari. – Sarawakvoice.com