Saturday, December 3, 2022

Jentera parti diminta turun mengundi  awal

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingkatkan semua anggota jentera Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Sungai Besar supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Berucap di hadapan lebih 5,000 anggota jentera parti itu malam ini, Timbalan Perdana Menteri turut menyeru mereka supaya keluar mengundi awal sebelum melaksanakan tugas masing-masing.

“Kita kena undi dulu, jangan suruh orang pergi undi tapi kita tidak mengundi…jangan suruh orang bawa kad pengenalan tapi kita tidak bawa kad pengenalan,” katanya.

Beliau turut memuji kesungguhan jentera BN melaksanakan tugas sepanjang 13 hari tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil itu.

Pada PRK itu, calon BN, Budiman Mohd Zohdi ditentang calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur.

Sementara itu,  sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah berkata sejumlah 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat mereka.

Daripada jumlah itu, 312 merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab pada 14 Jun lepas, manakala lima lagi adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru