Tuesday, October 4, 2022

Gereja Kristian di Kuching jemput umat Islam berbuka puasa

Secara Rawak

KUCHING: Tidak selalu masyarakat di negara ini meraikan penganut agama lain di rumah ibadat mereka, lebih-lebih lagi di Semenanjung.

Di Sarawak, dengan lebih 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya, sikap saling menghormati amat penting.

Semalam pihak gereja St Joseph’s Christian Parish Centre Kuching menjemput dan turut sama berbuka puasa dengan orang Islam.

Jika di Semenanjung tanda salib begitu sensitif kepada sebahagian umat Islam, tetapi di Sarawak bukan sahaja tidak menjadi masalah, malah mereka bersedia berbuka puasa bersama di dalam dewan yang jelas kelihatan salibnya.

13413060_254388518259378_8743210240982348136_n (1)
Photo: Colin Wei

Sebuah portal mendakwa ia diadakan di dalam gereja, tetapi berdasarkan komen seorang netizen dalam Facebook Sarawak Edition yang menyiarkan gambar berkenaan, ia sebenarnya diadakan id dewan berdekatan gereja.

Disifatkan sebagai usaha yang baik apabila pihak gereja mengundang umat Islam yang berpuasa untuk berbuka puasa.

Di dalam gambar berkenaan jelas kelihatan masyarakat pelbagai kaum duduk bersama, dengan lelaki Melayu bersongkok dan biarawati berpakaian khas mereka.

Acara begini dapat memupuk perasaan saling hormat dan saling memahami. Sekali gus bagi menunjukkan bukti kepada umat Islam dan Kristian di tempat lain betapa tidak menjadi masalah selagi tidak bertentangan dengan akidah.

Catatan itu diterima baik netizen apabila ia dikongsi hampir 8,000 kali dan dapat 11,000 ‘likes’ sehingga jam 6 petang Sabtu. – Sarawakvoice.com

Screen Shot 2016-06-18 at 6.17.54 PM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru