Saturday, December 3, 2022

BN menang dengan majoriti melantun di Kuala Kangsar, Sungai Besar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Barisan Nasional memang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti undi yang mengukuh.

Namun, agak mengejutkan apabila calon BN di kerusi berkenaan menang dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada jangkaan awal.

Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi berbanding hanya 399 pada 2013  dimenangi penyandang Datuk Noriah Kasnon. Budiman memperoleh 16,800 undi,  Dr Abdul Rani Othman (Pas) 6,902 dan Azhar Abdul Shukur (Amanah) 7,609 undi.

Di Kuala Kangsar calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,698 undi berbanding undi majoriti yang dimenangi penyandang Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad  pada 2013 hanya 1,082.

Mastura memperoleh 12,653 undi,  (Pas) 5,684,  Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) 4,884, dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) 54 undi.

Peratusan yang turun mengundi di Sungai Besar ialah 74 peratus, manakala di Kuala Kangsar 71 peratus. – Sarawakvoice.com

Sungai Besar

9.55pm: Sg Besar – Keputusan rasmi:

BN: 16, 800

AMANAH 7,609

PAS: 6,902

Majoriti: 9,191

Kuala Kangsar

Izat Bukhary Ismail Bukhary 54

Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684

Mastura Mohd Yazid 12,653

Ahmad Termizi Ramli 4,883

Undi rosak 239

Majoriti 6,969

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru