Saturday, December 3, 2022

SPR jangka 75 peratus saja turun mengundi esok

Secara Rawak

KUALA KANGSAR:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan jumlah pengundi yang turun mengundi bagi pilihan raya Parlimen  kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar esok hanya sekitar 75 peratus.

Jangkaan peratusan itu kurang daripada peratusan pada 2013.

Bagi peratusan  nasional ia mencecah  84 peratus, tertinggi dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Peratusan keluar  mengundi bagi Sungai Besar pada 2013 ialah 88.30 peratus.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah,  berkata  kemerosotan peratusan itu adalah disebabkan pengundi yang berada di luar kawasan tidak dapat kembali ke daerah mengundi masing-masing.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut sekitar tiga minggu lagi menyebabkan mereka alang-alang hendak balik ke kampung halaman.

Pemimpin politik BN berharap semua anggota BN yang berdaftar  sebagai pengundi perlu mengundi awal pada esok bagi membantu meningkatkan peratusan yang keluar mengundi.
Mereka juga diminta  memastikan anggota keluarga dan saudara-mara masing-masing turut menunaikan tanggungjawab itu.

SPR menjangka keputusan rasmi diketahui  sekitar pukul 9 malam esok. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru