Skandal dengan wanita Cina yang sudah bersuami: Muhyiddin Yassin bidas Raja Petra

0
33

KUALA LUMPUR; Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang mengaitkan dirinya dengan skandal dengan wanita yang sudah bersuami.

“Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap oleh Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blog Malaysia Today sejak beberapa hari yang lalu adalah tidak berasas dan berniat jahat. Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti saya serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata mantan Timbalan Perdana Menteri dalam catatan terkini Facebooknya.

Dalam tulisan berkenaan beberapa hari lalu, RPK melalui blognya mendedahkan skandal beliau dengan wanita Cina yang sudah bersuami.

Gambar wanita berkenaan dapat diakses melalui beberapa imej dalam Google.

Katanya, sempena bulan Ramadan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya. Jika dia sedar akan kesalahannya, dia seharusnya memohon maaf.

Muhyuddin  percaya, kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasinya setelah tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.

“Dugaan Allah kepada saya amat besar di bulan Ramadhan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segala urusan kita,”katanya. – Sarawakvoice.com