Friday, October 7, 2022

Sarawak Worker’s Party mencari laluan selamat

Secara Rawak

SIBU:  Nasib Parti Pekerja Sarawak (SWP) menjadi teka-teki apabila presidennya Larry Sng berundur daripada jawatannya, dan tidak bertanding di kerusi Bukit Goram pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu.

SWP yang mempunyai 30,000 ahli  juga tidak bertanding dalam pilihan raya itu.

Adakah SWP akan terkubur atau bangkit?

Munan Laja, presiden baharu dalam sidang media di sini Khamis berkata, parti itu akan memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Munan sedar SWP tidak akan ke mana jika berjuang sendirian, justeru beliau meyakinkan barisan kepemimpinan baharu supaya ia menyertai kumpulan parti yang lebih besar, iaitu BN.

Dalam mesyuarat Agung Tahunannya Khamis, parti itu telah mengemukakan usul supaya  memohon untuk menyertai BN.

“Kami perlu menyertai kumpulan yang lebih besar supaya perjuangan lebih berkesan. Kami tak boleh  umpama perahu kecil berlayar di lautan luas,” katanya sedikit berfalsafah.

Persoalannya, sama ada BN akan menerima penyertaan SWP ke pangkuannya adalah satu hal lain.

Ketika diajukan soalan berkaitan, presiden baharu kelihatannya yakin. “Kami amat positif kerana BN sering berkata, bantulah kerajaan,” katanya sambil menambah bahawa beliau berharap BN akan gembira apabila banyak parti yang hendak menyertainya.

Kalaupun diterima menyertai BN, kerusi mana yang bakal diserahkan kepadanya?

Penganalisis politik percaya, sukar untuk parti itu diterima ke dalam BN.

SWP akan mengemukakan surat permohonan dalam sebulan dua ini, katanya.

Ahli Majlis Tertinggi SWP terdiri daripada Munan Laja (presiden), Engga Unchat (timbalan presiden), Nancy Nais, Robert Jingga, Dickson George (naib presiden), Colin Balla (setiausaha agung), David Hii Chin Loung (timbalan setiausaha agung), Ng Wee Chung (bendahari agung), Eng Siow Fun (timbalan bendahari agung) and David Munan (ketua penerangan).

Ahli-ahli ialah Abang Junaidi, Edward Brayun, Janggi Jemut, Kusau Bugek, Manggau Renang, Mary Jang, Steven Kalai dan Tan Mei Chin. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru