Wednesday, November 30, 2022

Malaysia akan cadang  pelaksanaan kawalan pertahanan tiga negara di Laut Sulu untuk kekang penculikan dan lanun – Hishamuddin Tun Hussein

Secara Rawak

KUALA KANGSAR: Mengambil contoh kejayaan inisiatif pertahanan dalam mengekang aktiviti pelanunan di Selat Melaka, Malaysia akan berusaha menyakinkan pentadbiran keselamatan Filipina dan Indonesia untuk mengadakan tindakan serupa di Laut Sulu.

Ini berikutan insiden penculikan yang semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut, dan untuk mengelakkan ia menjadi semakin rumit dan runcing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau akan ke Manila Ahad ini untuk bertemu rakan sejawatnya dari kedua-dua negara tersebut bagi merancang inisiatif terbaharu ini dengan mengambil iktibar  kejayaan Pelaksanaan Kawalan Selat Melaka (MSP).

“Kami sudah berjumpa di Laos dua minggu lalu dan Ahad ini saya akan ke Manila, (untuk) melihat inisiatif di Selat Melaka ini dipanjangkan ke Selat Sulu,” katanya  selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bendang Kering, dekat sini sebentar tadi.

13435565_10153919849059355_2254440389375702196_nHishamuddin mengulas laporan kes penculikan terbaharu yang membabitkan empat rakyat Malaysia yang didakwa diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu, pagi tadi.

Jelasnya lagi, usaha yang dilakukannya ini tidak akan bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandangkan inisiatif ini lebih kepada konteks pertahanan manakala dari aspek keselamatan, ia adalah dalam bidang kuasa pihak polis.

Sejak dilaksanakan pada April 2006, MSP yang menggerakkan rondaan keselamatan di Selat Melaka berjaya menjaga keamanan di perairan itu daripada ancaman rompakan dan aktiviti lanun dengan ketara.

Ia dibuktikan dengan hanya 37 kes rompakan dan pelanunan direkodkan  sepanjang 2006 hingga 2015, berbanding 186 kes sepanjang tahun 2000 hingga 2005. Pada lima bulan pertama tahun ini, tiada sebarang kejadian dilaporkan.

MSP yang dianggotai Malaysia, Singapura dan Indonesia serta dikoordinasi oleh angkatan tentera setiap negara anggota melalui jawatankuasa akan menjalankan rondaan di dalam wilayah maritim masing-masing secara berterusan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru