Friday, October 7, 2022

Kumpulan penjenayah Kampung Tabuan tumpas di tangan polis

Secara Rawak

KUCHING: Selepas bergiat aktif melakukan jenayah selama sekitar dua minggu di bandar raya ini dan Kota Samarahan, akhirnya kumpulan yang dikenali sebagai Geng Kampung Tabuan tumpas di tangan polis.

Langkah mereka untuk melakukan aktiviti jenayah seterusnya kecundang apabila lima ahli kumpulan berkenaan, yang pernah ditahan polis atas pelbagai kesalahan sebelum ini, ditahan polis dalam operasi di kawasan Kampung Tabuan pada 14 Jun.

Mereka berusia dalam lingkungan 22 hingga 37 tahun.

polis“Kelima-lima suspek mempunyak rekod jenayah. Ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka juga didapati positif dadah jenis syabu, dan kes ini dirujuk kepada Jabatan Siasatan jenayah,” kata Ketua Jabatan Siasatan  (JSJ) Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar

Dev berkata, pihak polis percaya bahawa masih terdapat ahli kumpulan berkenaan yang masih bebas, dan operasi menjejaki mereka diteruskan.

Katanya, kumpulan itu sekurang-kurangnya terbabit dalam 12 kes kes samun berkumpulan, termasuk mencuri kenderaan, pecah rumah, dan rompakan sejak 1 Jun.

“Semua suspek ditahan reman dan pelbagai harta curi, serta peralatan pecah rumah dirampas, termasuk beberapa buah kenderaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJ IPK Sarawak di sini, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan itu, polis berjaya menemui semula pelbagai barangan yang dicuri, termasuk enam buah kenderaan dianggarkan bernilai RM200,000.

Kumpulan berkenaan dikatakan ligat menjalankan aktiviti jenayah mereka dari 10 hingga 14 Jun dengan melakukan empat kes di kawasan Kota Sentoasa, Kota Samarahan dan Sungai Maong. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru