Saturday, December 3, 2022

Kehadiran Muhyiddin di Parlimen Sungai Besar tarik perhatian ramai

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Kemunculan Tan Sri Muhyiddin Yassin  di pasar awam  Pasir Panjang sekitar pukul 9.30 pagi tadi  menjadi  topik  perbualan orang ramai di sini pada hari terakhir kempen.

Mantan Timbalan  Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Tun Dr  Mahathir Mohamad merupakan pengkritik keras kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

13442633_709019542569968_725964318822056023_o

Dr Mahathir secara terbuka menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) di kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan turut berkempen di kawasan terbabit beberapa hari lalu.

Amanah  dalam catatan Facebooknya berkata, kehadiran Muhyiddin adalah untuk membantu mereka berkempen, tetapi ia dinafikan oleh sumber yang rapat dengan beliau.

“Lawatan beliau itu sekali gus melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan,” menurut catatan berkenaan.

Sekitar 43, 000 pengundi bakal menentukan nasib calon Barisan Nasional, Amanah dan Pas esok. Pada 2013, Bn menang dengan majoriti 399 undi sahaja. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru