Monday, August 15, 2022

Ahli Parlimen British maut ditembak di kawasan yang diwakilinya

Secara Rawak

LONDON: Seorang ahli Parlimen Britain maut selepas ditembak dan ditikam di sebatang jalan di kawasan parlimennya, semalam.

Kematian Jo Cox kerana kecederaan parah yang dialaminya, kata Ketua Polis Yorkshire Barat, Dee Collins, seperti dipetik agendi berita AFP.

“Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.48 petang,” katanya dalam sidang media khas di Wakefield, utara England.

Serangan berlaku di perkampungan Birstall, berhampiran Wakefield dan sebagai tindakan susulan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 52 tahun, untuk membantu siasatan, katanya.

“Kita masih menjalan soal siasat dan sedang menyelidik latar belakang lelaki ini,” kata Collins.

Motif kejadian tambahnya, masih belum dikenal pasti dan tiada suspek lain yang sedang diburu berkaitan serangan ini. – Sarawakvoice.com

111 1111

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru