27,494 pekerja asing tanpa dokumen ditahan

0
2

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat 15 Jun tahun ini, sebanyak 5,622 operasi penguatkuasaan terhadap pekerja asing dijalankan dan membabitkan semakan ke atas 91,075 pekerja asing.

Daripada jumlah itu, 27,498 orang yang tidak mempunyai dokumen sah telah ditahan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga berkata bahawa urusan membawa masuk pekerja asing ke negara ini dilakukan oleh syarikat dan majikan yang memerlukan pekerja asing.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak kerajaan hanya memberi kelulusan pengambilan masuk pekerja asing berdasarkan keperluan oleh industri dan syarat-syarat perundangan yang ketat.

“Jangan tuding jari kepada kerajaan kerana permintaan adalah daripada pihak industri dan tentunya sebagai kerajaan yang prihatin, kita mahu memberikan kemudahan kepada majikan untuk terus melunaskan tanggungjawab mereka dalam menjalankan urus niaga,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Sebelum ini terdapat dakwaan oleh beberapa kononnya kerajaan terlibat membawa pekerja asing ke negara ini.

“Kerajaan hanya beri kelulusan jika ada justifikasi mengikut keperluan,”  katanya, sambil menambah, tanggapan bahawa kerajaan yang membawa masuk pekerja asing adalah tidak betul.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata  meskipun dasar kerajaan adalah mengutamakan warga kerja tempatan, namun kelonggaran diberikan kepada beberapa industri dan sektor pekerjaan seperti dalam sektor pembinaan dan perladangan. – Sarawakvoice.com