Friday, December 2, 2022

Rafizi halang pegawai khas Rosmah hadiri sidang medianya

Secara Rawak

KUALA KANGSAR: Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor cuba mempertahankan bosnya dengan pendekatan berani.

Langsung berdepan dengan orang yang suka menuduh macam-macam terhadap Rosmah.

Itu baru jantan namanya, tetapi orang yang menuduh jadi kecut perut.

Rizal mendapat tahu bahawa  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli  akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar. Maka, beliau memberanikan diri untuk hadir dalam sidang media itu.

Rafizi, bagaimanapun, hanya membenarkan para wartawan sahaja mengikuti sidang medianya itu, khas berkaitan dengan tuduhannya terhadap Rosmah.

Tujuannya untuk mendengar penjelasan Rafizi berhubung isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Rosmah.

“Saya ke sini nak dengar apa yang dia cakap supaya saya boleh ambil nota, dan saya boleh sediakan jawapan yang sepatutnya,” kata Rizal kepada pemberita kemudiannya.

Rizal dihalang daripada memasuki bangunan berkenan. Alasan? Majlis itu hanya untuk wartawan. Lagipun, beliau tidak diundang ke majlis itu.

Petugas parti Amanah menghalang Rizal. Kekecohan berlaku sekitar 10 minit.  

Rizal kecewa dengan sikap Rafizi yang dianggapnya sebagai wakil rakyat yang berani dan terbuka, serta telus.

Rafizi dikenali sebagai pemimpin yang bercakap atas prinsip kebebasan bersuara, tetapi ternyata itu tidak berlaku di  pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar.

“Kebebasan media dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan  Rafizi hanya pembohongan. Dia tak menerima kehadiran saya,” kata Rizal. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru