Saturday, October 8, 2022

Nisbah penjawat awam ikut kaum di sektor awam Sarawak  seimbang

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan tidak pernah mempersoalkan komposisi dan amalan pengambilan pekerja sektor swasta dari segi nisbah kaum  di negeri ini

“Kalau perkara ini diambil kira,  gambarannya pasti amat berbeza. Melihat hanya sektor awam sahaja bukan gambaran lengkap tentang pekerjaan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menangkis  laporaan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini  mengenai nisbah pekerja mengikut kaum dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Isu yang sama turut dibangkitkan pengerusi Dap negeri  Chong Chieng Jen dan Adun DAP Pelawan David Wong Kee Woan dalam persidangan DUN Negeri kali ini.

Uggah  menjelaskan bahawa laporan berkenaan hanya menonjolkan satu komponen sektor awam negeri, sedangkan terdapat empat komponen yang menyediakan pekhidmatan awam kepada rakyat.

13417011_1118059904934244_23211742685356067_oUggah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Nisbah penjawat awam mengikut kaum bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Sektor Awam Sarawak adalah seimbang.

Beliau berkata, sehingga 31 Mei tahun ini, bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional  terdapat 1,521  Melayu/Melanau, 1,023 Dayak,  dan 1,162 Cina.

“Ini bermakna walaupun jumlah Cina kurang dalam sektor awam, 28 peratus daripada mereka dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional,  berbanding  Melayu/Melanau hanya 11 peratus dan Dayak 10 peratus,” katanya.

Beliau menambah kata,  Perkhidmatan Awam Sarawak ketika ini diwakili semua etnik termasuk etnik minoriti seperti Kajang, Mierek, Saban dan Tagal.

Uggah berkata, kerajaan sedia maklum isu berkaitan pekerjaan perlu diatasi dan ia tidak hanya melibatkan usaha menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta, tetapi juga mengambil kira isu gender.

Dalam hubungan ini, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar  berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan yang dipengerusikan  Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Tujuannya, bagi menangani isu berkaitan peluang pekerjaan baik di sektor awam atau swasta, termasuk isu kesaksamaan gender di sektor awam, kerajaan tempatan, perbadanan kerajaan, dan syarikat berkaitan kerajaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru