Sunday, June 26, 2022

Input 90 institusi untuk Bajet 2017 akan diperhalusi

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri berkata, setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan bernas yang dikemukakan oleh 90 institusi akan diteliti serta diperhalusi sebagai input penyediaan Bajet 2017.

Memerondum yang dikemukakan oleh institusi berkenaan meliputi isu-isu makro, sektoral dan sosial.

13394152_10153566636130952_4949863676590720990_n (1)Datuk Seri Najib Razak berkata, seterusnya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kumpulan Fokus yang bakal diadakan tidak lama lagi, dan kemudiannya dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan berharap memorandum yang dikemukakan serta perbincangan yang diadakan akan dapat mencetuskan idea baharu bagi merancakkan lagi usaha transformasi negara sebagai sebuah negara maju yang inklusif dan mampan menjelang 2020.

Majlis itu dihadiri lebih 200 wakil dari sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tema Majlis Konsultasi Bajet 2017 ialah “Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat”.

Najib berkata majlis konsultasi tersebut merupakan satu lagi platform dalam usaha kerajaan untuk melipatgandakan perundingan dan perbincangan bersama rakyat, sektor swasta dan NGO bagi menjana kesejahteraan dan kemakmuran negara.

“Ini menunjukkan betapa perlunya pertumbuhan seimbang dipromosikan bagi memastikan kemampanan fiskal. Matlamat utama strategi ini adalah untuk melindungi kebajikan rakyat serta mengupayakan mereka untuk merealisasi potensi sebenar masing-masing,” katanya.

Najib berkata kerajaan sentiasa komited memastikan kedudukan fiskal kekal kukuh, dengan sasaran merealisasikan 3.1 peratus defisit fiskal tahun ini, angka yang lebih rendah daripada 3.2 peratus pada tahun lepas.

Beliau berkata Malaysia juga mencatatkan aliran masuk bersih pelaburan langsung yang kukuh sebanyak RM15 bilion pada suku pertama tahun ini berbanding RM9.9 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Inilah bukti mengenai keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru