Tuesday, December 6, 2022

Empat lagi rakyat Malaysia diculik di selatan Filipina, hari ini, Polis Malaysia belum sahkan maklumat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan berita yang mengatakan empat rakyat negara ini diculik oleh anggota militan di perairan Sulu hari ini.

Sebaliknya menerusi twitternya, Khalid berkata,  pihaknya sedang menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak berkuasa Filipina.

Terdahulu, portal thestar.com.my melaporkan bahawa pihak berkuasa Filipina sedang mengesahkan laporan mengenai empat mangsa terbaharu yang diculik di perairan Sabah dan dilarikan ke perairan Sulu pada pagi tadi.

Agensi ABS-CBN memetik Pengarah Kepolisan Tawi-Tawi, Superintendan Kanan Joselito Salido sebagai berkata, mereka mendapat maklumat bahawa kumpulan suspek yang tidak dikenali itu telah membawa mangsa culik mereka ke pesisir Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Stesen radio tempatan juga dipetik berkata, pemerintahan tentera Filipina di Mindanao Selatan juga sedang mengesahkan maklumat tersebut.

Setakat ini tiada maklumat lanjut diperoleh.

Pada 1 April lalu, militan Abu Sayyaf telah menculik empat rakyat Malaysia dari Sibu, Sarawak selepas menahan sebuah kapal tunda yang sedang dalam perjalanan dari Manila ke Tawau.

Mereka hanya dibebaskan selepas 68 hari dalam tahanan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru