Monday, November 28, 2022

Chong kritik Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak telah mengkritik sikap Menteri Kerajaan Tempatan Dr Sim Kui Hian di Dewan Undangan Negeri.

_MG_4862Dalam sidang akhbarnya, Chong Chien Jen membidas sikap Dr Sim kerana tidak memberi peluang kepada beliau untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkara.

Sebaliknya, beliau memuji sikap Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah kerana memberi peluang untuk mendapatkan penjelasan.

Chong berkata walau tidak semestinya mereka bersetuju dengan jawapan atau dasar yang dijelaskan oleh Fatimah, namun sikap yang ditunjukkan beliau itu adalah terpuji.

Bagi Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, usaha mencelah dilakukan bukan untuk mengganggu, sebaliknya adalah untuk mendapatkan penjelasan lanjut jawapan atau penjelasan yang diberikan oleh menteri dalam ucapan penggulungan kementerian masing-masing.

Sesungguhnya, kalau wajar pencelahan itu dilakukan Speaker dan menteri perlu membenarkannya.

Lagipun, bukan semua perkara yang disentuh dalam ucapan penggulungan adalah lengkap.

Yang penting asalkan niat wakil rakyat yang mencelah, biasanya pembangkang adalah jujur dan betul.

Bukannya untuk mengganggu dan mendesak menteri.

Dalam demokrasi matang, penjelasan lanjut wajar dilakukan jika ada pertanyaan. Yang penting menteri perlu bersedia dengan fakta. Bukan sekadar membaca jawapan yang disediakan oleh para pegawai kanan.

Adun pembangkang wajar diberi peluang bertanya dan mencelah kerana rakyat yang diwakili mereka juga mahu tahu selengkapnya sesuatu isu.

Tambahan pula, dari segi penggubalan dasar, penghujahan dan perbincangan tunas diperlukan bagi mendapatkan idea yang terbaik. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru