Monday, November 28, 2022

1,000 kampung di Sarawak tiada jalan akses

Secara Rawak

KUCHING:  Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata, ketika ini hampir 1,000 kampung di Sarawak tiada jalan akses membabitkan 4,402 kilometer (km), justeru pembinaan jalan penghubung di kawasan luar bandar merupakan antara keutamaan kementeriannya.

Anggaran kos bagi pembinaan  jalan berkenaan  ialah RM24.8 bilion.

Tan Sri James Masing  berkata, usaha menghubungkan kampung-kampung di  luar bandar adalah  satu daripada Program Transformasi Luar Bandar kerajaan negeri.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

“Bagi  merancakkan pertumbuhan adalah penting memperluaskan aktiviti ekonomi yang tidak hanya tertumpu di bandar” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru