Dua lelaki tumbuk pramugari di dalam pesawat

0
4

KUALA LUMPUR: Dua orang lelaki telah menumbuk seorang pramugari sebuah pesawat  pada pukul 3.40 petang, Sabtu.

Menurut China Press seperti dipetik The Star hari ini, pramugari pesawat berkenaan ditumbuk kerana enggan menaik taraf tempat duduk mereka daripada kelas ekonomi kepada kelas pertama tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Menurut laman Long Hua,  kejadian itu berlaku dalam penerbangan domestik yang hendak bertolak dari Taiyuan ke Chongquing, China.

Seorang penumpang dikenali sebagai Zhou yang duduk di kelas pertama diminta oleh pramugrari  untuk kembali ke tempat asal kerana mereka hanya membeli tiket kelas ekonomi.

Akhbar itu melaporkan, pramugari berkenaan meminta dua orang penumpang berkenaan supaya membayar dengan tunai untuk membolehkan mereka duduk di kerusi kelas pertama.

Namun,  kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi, dan mendesak membayar dengan kad kredit.

Mereka juga dikatakan enggan kembali ke tempat duduk asal. Meskipun dengan campur tangan penumpang lain, namun mereka gagal menyelamatkan pramugari itu daripada ditumbuk lelaki terbabit.

Juruterbang pesawat telah memanggil polis dan kakitangan keselamatan untuk membawa keluar penumpang  itu dari pesawat. – Sarawakvoice.com