Friday, September 30, 2022

Anggota tentera maut dilanggar lori simen di Batu 7, Kuching – 4 gambar menyayat hati

Secara Rawak

KUCHING: Hasrat seorang anggota tentera untuk bersama-sama keluarga meraikan Aidilfitri pada tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut setelah dirempuh oleh sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat Kota Sentosa dekat sini petang semalam.

Ketika kejadian sekitar jam 3.35 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Haiqal Azmi, 21 tahun, dari Kem Semenggo, Batu 7 sedang membonceng sebuah motosikal yang ditunggang rakannya, sebelum dilanggar oleh sebuah lori simen yang bergerak di belakangnya.

Akibat pelanggaran tersebut, Haiqal maut di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala manakala rakannya, juga seorang anggota tentera hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah Padawan, ASP Muhamad Rizal Alias yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini dan ia diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat, manakala keluarga mangsa di Segamat , Johor telah pun dihubungi,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru