Saturday, December 3, 2022

Akhirnya Azmin Ali muncul berkempen

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Selepas mendiamkan diri untuk beberapa waktu, dan menimbulkan teka-teki, akhirnya  Datuk Seri Azmin Ali, muncul di kawasan ini petang semalam.

Sebelum ini, para pengundi dan orang ramai tertanya-tanya pendirian yang diambil oleh Menteri Besar Selangor itu pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar.

Beliau dilihat cuba mengambil jalan tengah yang selamat agar tidak menghiris perasaan Pas.

Pas merupakan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Namun, Pas telah tidak lagi dalam Pakatan Harapan yang baharu, sesudah Pakatan Rakyat dibubarkan.

Pada pilihan  raya 18 Jun ini,  BN akan ditentang oleh Pas dan Amanah dalam pertandingan tiga penjuru.

Pas dan Amanah masing-masing mahu membuktikan popularitinya dalam kalangan 42,000 pengundi.

Pendirian Azmin yang tidak jelas dan tegas telah menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak menggesa beliau menyatakan pendiriannya beberapa hari lalu.

Berdasarkan poster yang tersebar dengan meluas, Azmin akan berada di pentas yang sama dengan calon Amanah Azhar Abdul Shukor petang ini. Warna baju Melayu yang dipakai oleh Azmin dalam poster berkenaan adalah disengajakan, iaitu  warna Amanah.

Mereka akan menghadiri acara “Iftar Perdana” di Dewan Kampung Hala Cara Baru, Sungai Panjang, sebuah perkampungan Melayu di sini.

Ketidakhadiran Azmin dalam tempoh kempen telah mencetuskan banyak pertanyaan dalam kalangan pengundi.

Beliau tidak kelihatan dalam sebarang acara.

Malah, tidak pernah memberi ceramah walaupun beberapa minggu lalu, telah mulai bergerak di kawasan ini dengan bersolat di beberapa masjid dan surau di sini.

Acara dihadiri penduduk kampung terbabit dan pekerja parti. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru