Sunday, August 7, 2022

Polis Filipina temui kepala seorang tebusan Kanada di Pulau Jolo

Secara Rawak

ZAMBOANGA, Filipina: Polis Filipina menemui satu kepala yang dipenggal di dalam sebungkus peg plastik di Jolo, Selatan Filipina malam semalam, lima jam selepas Abu Sayyaf mendakwa telah memenggal kepala salah seorang tebusannya, Robert Hall – seorang rakyat Kanda.

new-robert-hall-may-03The Philippine Daily Inquirer yang memetik Ketua Polis Jolo, Superintendan Junpikar Sittin, berkata kepala tersebut ditemui sekitar jam 9 malam di Jalan Sanchez, berhampiran Gereja Carmelite di Jolo.

“ Pada mulanya kami menjangkakan ia adalah bahan letupan tetapi apabila pasukan bertindak khas Soco di di lapangan melakukan pemeriksaan, mereka menemui kepala seorang lelaki tua Caucasian,” katanya.

“ Saya tidak dapat mengesahkan sepenuhnya ia adalah milik Hall tetapi kepala tersebut memenuhi deskripsi yang digambarkan,,” jelasnya. “

Pada petang Isnin, militant Abu Sayyaf dikatakan telah membunuh salah seorang tahanannya di Suku selepas tempoh untuk pembayaran wang tebusan sebanyak 600 juta peso (RM53.2 uta) berakhir sekitar jam 3 petang.

Jurucakap Abu Sayyaf, Abu Raami, memberitahu The Philippine Daily Inquirer menerusi panggilan telefon bahawa mereka telah membunuh Robert Hall.

Raami berkata, mayat Hall akan ditemui di sekitar bandar Holo pada Isnin.

Pada minggu lalu, kumpulan ini telah membebaskan empat rakyat negara yang berasal dari Sibu, Sarawak setelah diculik ketika berada di perairan Pulau Ligitan, Sabah.

Kumpulan penculik itu pada mulanya dikatakan meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkannya kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk pembebasan empat pemuda dari Sibu itu, namun pihak berkuasa Malaysia menafikan terlibat dalam sebarang transaksi pembayaran.

Sebaik saja dibebaskan, empat tebusan itu menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan dengan diiringi oleh pasukan Unit Tindakan Khas, Polis DiRaja Malaysia. – Sarawakvoice.com

abu-isis

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru