Thursday, December 9, 2021

PM mahu media bantu didik rakyat menjadi  masyarakat pemikir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri berkata, media tidak harus sekadar mensensasikan berita, tetapi mempunyai tanggungjawab penting untuk membina masyarakat pemikir.

“Kita (media) ada tanggungjawab besar, bukan semata-mata nak hangatkan sesuatu, bukan nak sensasikan berita apatah lagi berita palsu,”

Dalam proses negara untuk bergerak  ke hadapan, tahap pemikiran rakyatnya mesti dididik untuk menjadi masyakarakat pemikir, dengan meningkatkan tahap keintelektualan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, Perdana Menteri mahu media membantu kerajaan membina masyarakat pemikir dalam usaha Malaysia menuju status negara maju.

Beliau berkata pihak media perlu hendaklah bersama kerajaan dalam usaha tersebut dengan menyemarakkan nilai keintelektualan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, kalau kerajaan mengggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk ambil tindakan penguatkuasaan, kerajaan akan dituduh sebagai terlalu diktaktorial.

Sebaliknya, kata beliau, “Kalau tidak mengambil tindakan, media akan lapor sewenang-wenangnya sesuatu cerita ini dan akhirnya rakyat rosak, negara punah,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini malam tadi.

Najib berkata beliau berharap pengamal media membuat liputan secara lebih seimbang dan tidak berkepentingan supaya berita yang dihasilkan benar-benar berlandaskan fakta.

“Peranan media perlu menyampaikan berita tepat, benar dan bertanggungjawab dan dalam konteks persekitaran hari ini, (dan) perlu cepat.

Katanya:”Kalau itu dapat dijadikan sebagai pegangan, makna media juga mainkan peranan dalam bantu kerajaan dan negara untuk capai hasrat kita untuk memakmurkan rakyat dan mencapai agenda besar untuk jadi negara maju.” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru