Mahathir  tidak hakis sokongan terhadap Pas

0
3

SUNGAI BESAR:  Langkah  Tun Dr Mahathir Mohamad membantu dalam kempen calon Amanah di kerusi Parlimen Sungai Besar bagi Pas,  tidak banyak memberi kesan dari segi sokongan terhadap parti Islam itu.

Sebaliknya, sokongan terhadap Pas masih tidak terjejas.

Mantan Perdana Menteri telah membantu calon Amanah dalam kempennya di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam percubaannya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kepemimpinan perdana menteri tidak lagi mendapat sokongan.

Bagi Datuk Iskandar Samad hujah yang digunakan Dr Mahathir bukan baharu.

Iskandar berkata berdasarkan maklumat balas daripada akar umbi, kempen mantan perdana menteri tidak memadai untuk memecahkan undi.

“Daripada maklum balas yang kami terima, Umno sendiri telah menolak Dr Mahathir. Kehadiran beliau tuidak memberi sebarang kesan terhadap kempen Pas,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Iskandar  yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, setiap parti akan menganggap pilihan raya kecil berkenaan sebagai referendum, dan bagi Umno, kemenangan di kerusi berkenaan juga adalah satu referendum. Maka, ia bekerja kuat untuk memastikan kemenanganya.

Pilihan raya pada 18 Jun akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Pas dan Amanah. – Sarawakvoice.com