KUALA KANGSAR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja melancarkan perang mulut dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, tetapi juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir telah lama berdendam dengan Pas kerana beliau pernah dikalahkan oleh Pas suatu ketika dahulu.
“Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.
“Bukan saya nak hina dia, tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tak baca. Patutnya dia baca. Kalau tak baca jadi bahaya,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Ketior Manong, Kuala Kangsar.
Kata Abdul Hadi: “Kalau orang Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang,”
Abdul Hadi menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan mantan Perdana Menteri itu.
Abdul Hadi ketika ditemui media berkata, sokongan Dr Mahathir terhadap calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli yang juga Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Pas.
Yang turut bertanding ialah Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
Kerusi Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi dengan sekitar 67 peratus ialah pengundi Melayu.
Abdul Hadi percaya Pas mampu membuat kejutan pada 18 Jun. – Sarawakvoice.com