Saturday, November 26, 2022

Jangan biarkan murid di Sarawak terus belajar di sekolah daif

Secara Rawak

Beberapa hari lepas, sebuah sekolah rendah di Sarawak telah tumbang dan masuk ke dalam sungai. Nasib baik kejadian itu berlaku pada dinihari. Bayangkan jika kejadian itu berlaku ketika murid-mur berada di dalam kelas?

Sebahagian besar daripada kira-kira 600 buah bangunan sekolah dikategorikan sebagai cukup daif di negara ini terletak di Sabah dan Sarawak. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan, 388 sekolah punya kualiti bangunan dan penyenggaraan yang rendah, manakala 124 buah sekolah lagi punya kecacatan serius, dan perlukan baik pulih segera. Sarawak mempunyai 1,265 sekolah rendah dan 187 sekolah menengah.

Bukan menjadi rahsia lagi ketika ini ada daripada sekolah keadaan asramanya teruk, serta bangunan sekolah, perpustakaan dan makmal dalam keadaan daif. Hakikatnya, masalah ini sering dibangkiitkan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri, setiap kali persidangan.

Bagaimanakah kita hendak melihat prestasi murid luar bandar standing dengan murid bandar dan kota? Dengan gelanggang permainan tidak sama rata dari segi kemudahan, diburukkan lagi dengan kadar kemiskinan masih tinggi, serta motivasi rendah, tentu menjadi cabaran besar kepada guru dan ketua sekolah untuk meningkatkan prestasi.
Pada awal tahun lepas, Kerajaan Persekutuan mengatakan, peruntukan RM1 bilion

disalurkan sebagai peruntukan tambahan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Kemudahan berkualiti, setanding dengan sekolah bandar, lebih diperlukan di luar bandar. Jika kita benar-benar hendak membantu untuk mengubah nasib dan masa depan masyarakat luar bandar, kita perlu punya iltizam politik untuk pastikan masalah dan isu ini segera diselesaikan.

Selepas lebih 50 tahun merdeka, jangan beritahu, bahawa kita perlukan 50 tahun lagi untuk selesaikan masalah ini.

Percayalah, selagi kemudahan asas tidak diselesaikan, terutama sekolah yang lengkap dari segi kemudahan, terutamanya makmal dan perpustakaan, anak-anak dari luar bandar akan terus terpinggir. Kita tidak boleh amalkan dwistandard dari segi komitmen dan penyediaan kemudahan.

Kita perlu membela nasib anak-anak Bumiputera yang miskin dan terpinggir di luar bandar. Kita bukan saja perlu sediakan perpustakaan, makmal dan makanan terbaik untuk mereka, khususnya pelajar asrama, tetapi juga guru paling berpengalaman dan berkualiti.

Kita perlu selesaikan keadaan sekolah yang daif. Tidak mungkin murid dapat belajar dengan selesa jika kemudahan sekolah, termasuk bilik darjah dalam keadaan usang, daif dan tidak selamat.  – Sarawakvoice.com

sekolah daif sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru