Tuesday, December 6, 2022

Empat mangsa culik Abu Sayyaf tiba di Sibu pagi tadi

Secara Rawak

SIBU: Keempat-empat rakyat Sarawak yang menjadi mangsa culik kumpulan militant Abu Sayyaf selamat tiba di kediaman mereka di Sibu sebentar tadi.

Keempat-empat mereka Wong Teck Kang, Wong Teck Chil,

Johnny Lau Jung Hien dan Wong Huang Sing tiba di Lapangan Terbang Sibu sekitar jam 8.50 pagi  tadi dengan menaiki pesawat MH3183 dari Kota Kinabalu.

Turut serta bersama-sama mereka ialah bapa kepada Wong Teck Kang dan Wong Teck Chii, Wong Chie Ming dan abang kepada Johnny Lau,mTommy Lau Lung Hing.

Ketika turun dari pesawat, kesemua mangsa berpakaian biasa dan menggunakan topi bagi mengelak untuk dikenali.

Sejurus tiba, mangsa terus keluar dari balai ketibaan dan menuju ke kenderaan yang menunggu.

Sementara itu, Chie Ming dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan pihak media bagi menerangkan perihal sumbangan yang diterima daripada orang ramai sebagai bayaran tebusan kepada penculik.

Kumpulan penculik itu pada mulanya dikatakan meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkannya kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) namun pihak berkuasa Malaysia menafikan terlibat dalam sebarang transaksi pembayaran.

Keempat-empat mangsa yang berasal dari Sibu itu diculik pada 2 April lalu apabila lapan penculik bersenjata dan bertopeng menaiki kapal tunda MV Massive 6 yang sedang dalam perjalanan ke Tawau setelah menghantar kargo kayu balak ke Manila.

Mereka dibebaskan setelah 37 hari dalam tahanan.

Sebaik saja dibebaskan, empat tebusan itu menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan dengan diiringi oleh pasukan Unit Tindakan Khas, Polis DiRaja Malaysia. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru