Monday, November 28, 2022

TPM: Kemenangan BN beri peluang kerajaan  majukan Kuala Kangsar  

Secara Rawak

KUALA KANGSAR; Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan memberi peluang kepada kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu.

13391529_739685896169990_5077773952046750883_oTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi kemenangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid itu nanti, ia membolehkan usaha menyambung legasi perjuangan arwah suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata beliau sendiri yang juga anak jati negeri Perak, akan turut bersama membawa suara rakyat di Parlimen sekiranya BN sekali lagi diberi mandat.

“Ini negeri kita takkan tidak tahu bagaimana mahu membalas budi di negeri tanah tumpah darah. Kalau yang lain dipilih tentu tidak dapat kita (kerajaan) terjemahkan dalam bentuk pembangunan,” kata Anggota Parlimen Bagan Datoh itu.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan Manong, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pengarah RELA Datuk Kamariah Mohd Noah.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menyeru anggota RELA untuk memberi sokongan padu kepada BN sebagai pentadbir kerajaan negeri di bawah pimpinan Zambry.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Kamariah berkata kemampuan RELA menjaga keselamatan negara semakin diyakini apabila jabatan itu bukan sekadar menjaga lalu lintas atau kenduri kahwin malah telah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan awam.

“Tahun ini sebanyak 44 jabatan telah memohon perkhidmatan anggota RELA mengawal keselamatan bangunan masing-masing dan anggota kita juga sedang melalui latihan pengurusan bencana.

“Transformasi itu membuktikan RELA mampu menjaga keselamatan awam selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Disember tahun lalu yang menyatakan RELA adalah barisan benteng kedua negara,” katanya.- Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru