Saturday, December 3, 2022

Siapa ajak makan dedak? Mahathir atau Pas?

Secara Rawak

SEKINCHAN: Tun Dr Mahathir Mohamad menemui Presiden Pas tiga bulan yang lepas untuk membincang agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

13340275_1006693939415724_2917214043791539493_oNamun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

Bekas perdana menteri  begitu terdesak untuk memastikan Najib disingkirkan daripada jawatannya, termasuk dengan menerajui Deklarasi Mahathir.

Hadi berkata, parti pimpinannya tidak menentang individu, sebaliknya menentang pendekatan.

“Sekiranya orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini, semalam.

Mengulas dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau makan ‘dedak’ Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.

“Kerana Pas tidak makan dedak, maka Pas boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak ubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru