Presiden SUPP di Kuala Kangsar cuba pujuk pengundi Cina

0
4

KUALA KANGSAR: Selepas mencatatkan kejayaan di Sarawak pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu, presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini cuba memujuk pengundi Cina di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pengundi Cina sekitar 24 peratus atau 7,856 orang penting dipujuk untuk terus menyokong calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid. Manakala di Sungai Besar pula, jumlah pengundi Cina pula adalah sekitar 30 peratus daripada 42,000 pengundi.

Itulah sebabnya kelmarin, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu pengundi Cina yang tidak berada di kawasan supaya kembali ke kawasan untuk mengundi pada 17 Jun ini.

Mengambil contoh pengalaman masyarakat Cina di Sarawak selepas menolak BN pada 2011, Dr Sim mahu masyarakat Cina di kerusi Parlimen ini dan Sungai Besar supaya berada bersama-sama kerajaan daripada berada di luar.

Sama seperti corak kempennya di Sarawak, beliau menekankan pentingnya masyarakat Cina menyokong BN bagi memudahkan kebajikan mereka diberikan perhatian.

13415617_283066165361596_3528285761823839887_o

“Jika Cina di Semenanjung tidak bantu diri sendiri, siapakah yang dapat tolong masyarakat Cina?” hujah beliau di satu majlis dalam usaha untuk memastikan kemenangan calon BN.

Dr Sim berkata: “Masyarakat Cina di Sarawak telah sedar pada pilihan raya lalu. Mengapa? Mengapa masyarakat Cina harus berada di luar lingkungan, hanya melihat, berteriak dan meloncat?”

Bagi Dr Sim, bagaimana kuat pun teriakan di luar tidak akan mendatangkan hasil.

Dr Sim yang dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan baru-baru ini, berkata masa depan Cina akan terbela jika menyokong BN.

Pada pilihan raya negeri ke-11, SUPP memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya, termasuk merampas kembali lima kerusi majoriti Cina di bandar yang dimenangi DAP pada 2011. – Sarawakvoice.com

13403882_283066152028264_8347726368580825821_o