Petanda memihak kepada BN di Sungai Besar

0
6

KUALA KANGSAR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 17 Jun ini akan menentukan sama ada kerajaan pimpinan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diterima atau tidak dalam kalangan rakyat.

13315437_10153474925491073_6960348682969570354_n

Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, jika sokongan pengundi BN jatuh walaupun  pada kadar  lima peratus,  bermakna mereka akan memperoleh hanya 81 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Bukankah ia membuktikan bahawa pilihan raya kecil ini relevan dengan nasib Najib pada pilihan raya umum akan datang?” katanya.

Kit Siang berkata, Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan antara sepuluh kerusi yang paling tidak selamat dimenangi UMNO pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, jelasnya, jika UMNO BN kalah di kedua-dua kerusi itu, ia mungkin menunjukkan satu trend bahawa UMNO BN akan mengalami kejatuhan sokongan pengundi sekurang-kurangnya lima peratus pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

13423883_1122882624450213_6366033003749004558_n

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir giat berkempen untuk calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Walau bagaimanapun, penganalisis politik percaya bahawa kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dimenangi oleh Barisan Nasional, di sebalik perpecahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang.

Segala tanda memperlihatkan bahawa BN mempunyai kelebihan.

Malaysiakini melaporkan Isnin, berdasarkan pemerhatiannya, BN  dipercayai mengekalkan status quo di Sungai Besar dengan meraih lebih daripada 60 peratus undi Melayu, dan juga merampas sebahagian daripada undi masyarakat Cina.

Kata portal itu, baki 40 peratus undi Melayu bakal dikuasai Pas yang lebih dikenali dalam kalangan pengundi di sini berbanding Amanah.

Terdapat  42,836 pengundi berdaftar di Sungai Besar.

Seramai 26,000 daripada 28,000 pengundi Melayu adalah di Sungai Panjang,  manakala daripada  13,142 pengundi Cina,  sekitar 11,000 adalah di Sekinchan.

BN dijangka memenangi sekurang-kurangnya dengan kelebihan 2,000 undi pada 18 Jun ini.

Pada 2013, calon BN Datuk Norsiah Kasnon, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei, hanya menang dengan kelebihan 399 undi. – Sarawakvoice.com